Friday, May 20, 2011

Salam pengenalan kepada semua para pelawat web ni. Blog ini di dedikasikan kepada semua pengiat bisnes online dalam usaha mereka yang tidak pernah jemu mencari peluang bisnes online yang memberi pulangan yang lumayan.  Walaupun ada cabaran dan rintangan yang kita hadapi namun bagi "hardcore" yang tak pernah putus asa. Kata orang "Orang Berjaya Tidak Pernah Putus Asa Sebaliknya Orang Yang Berputus Asa Tidak Akan Berjaya" Life Must Go On!!


 Untuk bermula memang susah terutamnya nak menukilkan "posting" yang sentiasa perlu di kemaskini dengan maklumat yang relevan. Lumarah  kehidupan mula-mula kita akan mula menirap dan merangkak seterusnya berjalan..dan seterusnya berlari. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya.

Ilmu merupakan kunci yang paling penting untuk memulakan bisnes online  ini. Tanpa ilmu kita akan berjalan di dalam gelap tanpa arah tujuan. Dewasa ini ramai IM-IM malaysia yang boleh dijadikan 'guru" bisnes online  seperti Zamri Nayan, Rahman Basri, Razif Yusof dan ramai lagi, tetapi yang paling penting adakah kita perlu sedia untuk belajar. Berikut adalah beberapa kebiasaan cara untuk kita dapat menimba ilmu:

(1) Mengikuti seminar perniagan internet.Belajar  secara langsung orang kata 'hands on'
dan  dapat menjimatkan masa anda untuk test and eror disamping kita dapat membina networking untuk orang yang sealiran dengan bidang bisnes online ni.

(2) Membeli Ilmu – Ebooks, Video, Membership
Dengan membeli ebook , video, atau membership perniagaan internet akan membantu anda untuk memahami dengan lebih berkesan, dan pandangan saya memang perlu anda dapatkan seberapa banyak maklumat sehingga anda tidak puas hati dengan maklumat yang anda dapat.

(3) Bina networking dengan rakan Internet Marketer yang lain
Degan membina networking ini sebenarnya yang akan membantu mengekalkan momentum dan semangat anda, anda perlu dikelilingi oleh orang ramai rakan sama minat anda. Dengan cara ini akan akan sentiasa bercakap berbincang sesama sendiri dan memberi galakan untuk anda terus berusaha mendapatkan pendapatan pertama dan seterusnya menjadi pendapatan utama.

Tags ; bisnes online, idea bisnes online, online bisnes, perniagaan internet

No comments: