Saturday, May 21, 2011

Belajar Membina Web Jualan bisnes online!!

Saya petik daripada En Mohd  Zaki yang mengajar bagaimana membina laman web jualan.

"Ramai yang menganggap kos membina laman web adalah mahal dan cara membinanya sangat teknikal. Hakikatnya tidak sedemikian kerana ia boleh dipelajari oleh sesiapa saja walaupun anda bukan pakar IT.
 
Ramai juga yang beranggapan asal saja ada laman web anda sudah boleh menjadi jutawan di Internet dalam sekelip mata! Saya nasihatkan anda usahlah terpedaya dengan kata-kata itu lagi.
 
Sebenarnya anda perlu mempelajari kaedah yang betul dan terdapat teknik-teknik bagi menghasilkan sebuah laman web yang berjaya menjual.
 
Namun, asasnya jika anda ingin menjalankan perniagaan di Internet anda sendiri, anda mestilah belajar membina laman web jualan anda sendiri.

Anda perlu merangka sebuah laman web yang dipanggil 'Laman Web Jualan' atau dikenali sebagai 'Surat Jualan' atau 'Sales Letter'.
 
Membina laman web jualan yang berkesan adalah satu skil yang perlu anda pelajari dan kebiasaannya akan mengambil masa. Namun sebelum anda mahir untuk menghasilkan laman web jualan yang baik, anda mesti mahir cara membina laman web di Internet.
 
Ini akan banyak menjimatkan belanja dan masa anda kelak! Dan anda tak perlukan Webmaster untuk mengupahnya lagi.
 
Anda sangat beruntung kerana kesemua masalah yang ada di atas akan saya kongsikan melalui pengalaman saya sendiri. Bukan hanya teori semata-mata!

Dan masalah anda tentu akan terjawab nanti."

Wajarkah Anda Mempelajarinya Sendiri Secara
'Trial & Error' Jika Masa Dan Kos Yang Anda Gunakan Belum Menjanjikan Apa-Apa Hasil Lagi?



Latar Belakang En Mohd Zaki
En. Mohamad Zaki bin Mohamad Yusof. Berkelulusan B.Sc (Hons) Comp. Science (UTM). Ikuti kisah pengalaman sebenar beliau yang kini menjadikan perniagaan Internet sebagai profesion sepenuh masa.Walaupun berkelulusan IT namun beliau tidak pernah mengenali perniagaan Internet sebelum ini. Ini kerana Perniagaan Internet tidak diajar dimana-mana Universiti atau pun sekolah!
Beliau mula mengenali dan mempelajari perniagaan Internet pada tahun 2004.   Beliau banyak mempelajarinya melalui pembacaan dan penyelidikan. Antaranya daripada jutawan-jutawan Internet Marketer (IM) yang terkenal dan berjaya seperti Mike Filsaime, mendiang Corey Rudle, Derek Gehl dan ramai lagi. Dapatkan tips percuma membina laman web!!
Jimatkanlah Masa Dan Wang Anda!
Masa & Wang Anda Juga Adalah KOS!

Tags : bengkel website, membina laman web

No comments: