Apa itu ebook/ e-buku ?
E-buku atau pun buku elektronik adalah sejenis media penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi bermacam maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan percuma. Kebanyakan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas.
E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan, teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa depan. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus didalam bisnes online.
Kelebihan
e-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat e-buku ini tanpa beban yang berat. Disebabkan ia adalah data elektronik, saiz dan berat e-buku ini adalah jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan buku-buku cetakan yang berada di pasaran. Sekiranya satu e-buku mempunyai saiz 7 MB, kira-kira 100 e-buku boleh disimpan dalam satu CD.Teks dalam e-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk silang menggunakan hyperlink. Ini menjadikan e-book format yang menarik untuk kamus, buku rujukan dan sesetengah buku teks.
Kelemahan:
e-buku memerlukan perkakasan tambahan bagi dibaca, terutamanya peranti elektronik untuk memaparkannya (dan bekalan elektrik). Peranti sedemikian mungkin mahal. Tambahan lagi kebanyakan e-Buku memerlukan aturcara khas bagi memaparkannya, yang mungkin tidak tersedia secara mudah atau serasi dengan peranti komputer kini. Disebabkan e-Buku bergantung kepada perkakasan lain untuk dibaca, ia mampu terjejas disebabkan kegagalan perkakasan atau perisian, seperti kegagalan cakera keras atau serangan virus.
Untuk belajar bagaimana membuat ebook belajarlah dari pakar ebook En. Jamal yang sedia untuk berkongsi rahsia dengan anda di pakarebook.com
Tags:
buat ebook, buat e-buku, baca ebook, pakarebook, pakar ebook
No comments:
Post a Comment